
Kitab Bible
membawa terlalu banyak ajaran sesat yang telah merugikan orang kristian selama
lebih 1500 tahun. Sebelum zaman kebangkitan Eropah Moden pada abad ke-15, wanita
Eropah sering dilayan dengan begitu buruk sekali. Wanita boleh dibunuh, dipukul
dan dijual beli seperti binatang peliharaan. Hanya selepas zaman Renaissance
setelah orang Eropah menyoal dan menolak ajaran Bible maka wanita Eropah mula
diberi penghormatan yang berbeza.
Antara
sebab wanita kristian diberi layanan yang begitu teruk ialah ajaran Bible yang
menghina wanita sebagai tidak berguna dan tetap menyusahkan lelaki. Antara
ajaran Bible yang menghina wanita adalah ayat berikut :
Kejadian
(Genesis), Bab 2.
2:21 Lalu
TUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allah
mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan
daging.
2:22 Dan
dari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang
perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu.
2:23 Lalu
berkatalah manusia itu: "Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari
dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari
laki-laki."
Inilah
ajaran palsu Yahudi daripada Bible yang menghina wanita sebagai produk sampingan
atau sisa buangan daripada tulang rusuk lelaki.
Malangnya
ulama silam telah masukkan ajaran Bible yang palsu ini ke dalam mitos hadith dan
terus menjualnya sebagai ajaran nabi. Mereka masukkan ajaran Yahudi sesat ini
dalam lingkaran hadith sahih nabi.
Secara
sedar atau tidak Ulama hadith telah menjadi jarum Yahudi yang merosakkan umat
Islam. Berikut adalah koleksi hadith Bukhari dan Muslim yang mencerminkan ajaran
sesat Yahudi daripada Bible.
"Aku
berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka
dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang
dibahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya
dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok buat selama-lamanya.
Justeru itu berpesan-pesanlah tentang wanita" (Bukhari &
Muslim)
Sila
lihat bahawa hadith Bukhari & Muslim ini mencerminkan ajaran Bible yang
telah disebut di atas. Jelas bahawa hadith ini telah diciplak daripada Bible
Yahudi dan dijual sebagai hadith nabi.
Amat
mustahil sekali nabi boleh dipengaruhi ajaran sesat Yahudi daripada Bible kerana
lebih awal lagi nabi telah memberi amaran tentang ajaran Bible dan
Yahudi.
[Al
Baqoroh 79]
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab
Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan
mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka
dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka
kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan
kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan
itu.
Inilah
angkara orang Yahudi daripada awal lagi. Mereka menulis kitab dengan tangan
mereka sendiri dan menjualnya sebagai wahyu dari sisi Allah
swt.
Dan nabi
terus mengingati kita lagi :
[3: 100]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan
mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu
beriman.
[3:101]
Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat
Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya? Dan sesiapa berpegang
teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan
yang betul.
Sudah
tentu mereka yang menuliskan ajaran palsu ke dalam kitab Bible termasuk dalam
golongan Yahudi dan Nasrani durjana yang tidak patut kita mencontohi mereka.
Jika kita mengikuti mereka, kita akan kembali jadi orang-orang
kafir.
Jelas
bahawa hadith karya Bukhari dan Muslim tentang wanita dicipta daripada tulang
rusuk lelaki asal usulnya telah diciplak daripada ajaran sesat
Bible.
Apakah
ajaran Al Quran dalam perkara ini? Sila kita perhatikan :
[Al Nisaa
1 ]
Wahai
sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari
nafs perempuan yang satu, dan yang mencipta daripada perempuan itu suaminya
(pasanganya) dan dari kedua mereka ramai lelaki dan perempuan. Dan bertaqwalah
kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, dan
peliharalah kemesraan; sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.
Ya ayyuha
nas - Wahai sekalian manusia
ittaqoo rabbakumu - bertaqwalah kepada
Tuhan kamu
allazi
khalaqakum - yang telah menciptakan kamu
min -
dari
nafsin -
nafs perempuan
wahidatin
- yang satu (perempuan)
wakhalaqa
- dan mencipta
minha -
daripada perempuan itu
zawjaha -
suaminya (pasangannya)
wabaththa
minhuma - dan dari kedua mereka
rijalan
katheeran wanisaan - ramai lelaki dan wanita
waittaqoo-llaaha - Dan bertaqwalah kepada
Allah
allazi
tas'aloona bihi - yang kamu selalu meminta
wal-arhama - dan peliharalah
kemesraan
inna Allaha - sungguhnya
Allah
kana alaykum raqeeban - senantiasa
memelihara kamu
Apabila
menterjemah ayat Al Nisaa : 1 ini, hampir semua ulama tafsir dengan sengaja
menipu orang tentang kalimah berikut :
nafsin - nafs perempuan
wahidatin - yang satu (perempuan)
wakhalaqa - dan mencipta
minha - daripada perempuan itu
zawjaha - suaminya
(pasangannya)
Kalimah
nafsin, wahidatin, minha dan zawjaha semuanya membawa maksud mu'annath atau
wanita.
Nafsin
tidak boleh membawa maksud muzakkar (lelaki). Begitu juga kalimah wahidatin,
minha dan zawjaha semuanya adalah mu'annath atau wanita. Langsung tidak boleh
diterjemah atau ditafsir menjadi muzakkar (lelaki).
Nafs
atau individu pertama yang diciptakan Allah swt adalah wanita - bukan lelaki.
Jadi mustahil sekali nabi bersabda bahawa wanita dicipta daripada tulang rusuk
lelaki. Lagipun Al Quran langsung tidak sebut tentang tulang rusuk lelaki.
Cerita
wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki adalah embohongan ulama tafsir yang
telah dipengaruhi ajaran Bible Yahudi yang mereka muatkan sebagai hadith sahih
nabi.
Kebenaran
dari Allah dan Rasul daripada Al Quran ialah bahawa ciptaan manusia yang pertama
adalah wanita dan bukan lelaki.
Dan
Adam tidak menjadi ciptaan manusia yang pertama. Sewaktu Allah swt menjadikan
Adam, para malaikat bertanya Tuhan apakah Engkau akan meletakkan di atas bumi
seorang yang akan porak perandakan keadaan dan menumpahkan darah sesama mereka?
Inilah ayatnya :
[Baqoroh
30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya : "Adakah Engkau
hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya".
Maksudnya sebelum kejadian Adam, para
malaikat pernah melihat manusia yang suka berbunuh dan menumpah darah sesama
sendiri. Manusia telah wujud daripada sebelum Adam.
Dari
Surah Al Nisaa : 1 ianya jelas bahawa manusia pertama yang diciptakan adalah
wanita dan bukan lelaki.
Mitos
tentang wanita diciptakan daripada tulang rusuk lelaki adalah ajaran palsu
Yahudi dalam Bible. Ulama agen Yahudi telah selitkan jarum Yahudi yang halus itu
ke dalam koleksi mitos Bukhari, Muslim dan sebagainya dan terus dijual sebagai
hadith nabi yang sahih.
Awasilah
ajaran Bible Yahudi. Jika kita mendokong ajaran Yahudi sesat kita boleh kembali
menjadi kafir.
[3: 100] Wahai orang-orang yang beriman! Jika
kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan
Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir
sesudah kamu beriman.
[3:101] Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir
padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan
kamu ada RasulNya? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya
ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul.
Mendokong ajaran Yahudi adalah syirik yang
bakal menjemput bala Tuhan ke atas kepala kita. Selagi umat Islam mendokong
ajaran sesat kaum Yahudi maka selama itulah mereka akan kekal dalam kedhaifan,
kebodohan, kemiskinan, kebuluran, kebencian terhadap manusia lain dan sesama
sendiri dan keganasan yang tanpa putus.
Awasilah jarum
Yahudi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.